Mengapa Memilih i-Neighbour?
i-Neighbour merupakan sistem pengurusan kediaman dan pelawat berasaskan teknologi awan yang selamat dan pelbagai fungsi untuk komuniti kediaman bertingkat serta kediaman berpagar berkeselamatan tinggi. Penggunaan sistem i-Neighbour di dalam sesebuah kejiranan akan menawarkan banyak kelebihan kepada pemaju, pemilik dan juga penghuni.
KELEBIHAN I-NEIGHBOUR
CIRI-CIRI HEBAT
Setiap produk yang berjaya perlu mempunyai ciri-ciri yang hebat serta pengalaman pengguna yang positif. Dan salah satu ciri hebat di dalam i-Neighbour ialah Butang Panik.

Butang Panik membenarkan pengguna menambah hubungan kecemasan dan juga menyambungkan panggilan terus ke pos pengawal. Anda boleh memasukkan ahli keluarga, teman rapat dan juga boleh mengimport nombor hubungan terus ke dalam i-Neighbour. Untuk memasukkan jiran sebagai hubungan kecemasan, anda hanya perlu menaip nama jiran dengan tepat sebelum permintaan anda dihantar ke jiran berkenaan.

Butang Panik ini boleh diintegrasi dengan Kit Siren IoT di pos pengawal dan siren ini akan berbunyi ketika kecemasan. Ciri Butang Panik ini didatangkan dengan lampu suluh serta bunyi penggera, dan telefon akan mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar ini ke pelayan ketika kecemasan berlaku sebagai bahan bukti. Ciri ini dilengkapi dengan tag GPS untuk memberitahu lokasi tepat kecemasan serta laporan sejarah lengkap untuk tujuan forensik. Untuk menghalang pengguna tertekan butang ini secara tidak sengaja, Butang Panik perlu ditekan selama tiga saat untuk menggeranya.

Walaupun Butang Panik ini hanyalah satu ciri, semua perincian telah diambil kira dan pengguna dihidangkan dengan cara mudah untuk menggunakannya. Secara ringkasnya, i-Neighbour dilengkapi dengan ciri-ciri hebat untuk kelebihan para pengguna.
PERIHAL KESELAMATAN
Pengodam telah menyebabkan kerugian pengguna dan perniagaan bernilai USD375 sehingga USD575 billion setahun; dan pembangun sistem serta rakan kongsi mereka dipaksa menerima liabiliti akibat kepincangan aspek keselamatan. Ciri-ciri keselamatan i-Neighbour termasuk pensijilan ISO 27001, ujian penembusan kerap oleh pakar, pengesahan 2-faktor dan pelbagai lagi telah dilakukan untuk meningkatkan keselamatan. Pelaburan dalam aspek keselamatan juga mahal. Oleh itu, banyak syarikat tidak memenuhi keperluan ini.
PERJANJIAN TAHAP SISTEM
Semua pengguna i-Neighbour yang berdaftar akan dilindungi dengan Perjanjian Tahap Sistem yang diguna oleh sistem kami kerana kami mengiktiraf keperluan untuk menyediakan kesemuanya untuk pelanggan kami.
KUALITI DAN KEMATANGAN REKA BENTUK SISTEM
Syarikat kami diiktiraf dengan CMMI antarabangsa tahap 3 untuk memastikan proses berkualiti dalam menghasilkan sistem yang lebih baik berkualiti. Kesemua ahli pasukan pembangunan kami perlu mematuhi piawaian ini dan pensijilan ini amat rumit yang berjaya diperoleh oleh hanya beberapa syarikat tempatan.
SISTEM BACK END YANG KUKUH
i-Neighbour menyediakan analitik Big Data, menawarkan pengguna dengan automasi yang lebih baik di dalam sistem dan pentadbir, serta mempunyai fungsi amaran automatik.
PENYELESAIAN AWAN LAIN YANG TERSEDIA
i-Neighbour merupakan satu daripada pelbagai penyelesaian awan lain yang kami hasilkan seperti TimeTec Patrol untuk sistem penyeliaan pasukan keselamatan, TimeTec TA untuk sistem kedatangan kakitangan, TimeTec VMS untuk sistem pengurusan pelawat pejabat, Epicamera untuk penyimpanan video dan pengawasan, dan sebagainya, semua boleh diintegrasi atau dipasang mandiri untuk mencapai status komuniti pintar dalam perspektif yang lebih luas.

i-Neighbour merupakan produk sebuah syarikat yang bersemangat, bertanggungjawab dan berdayasaing, TimeTec Cloud Sdn. Bhd.
PERIHAL PRIVASI
i-Neighbour mengamalkan polisi privasi yang ketat untuk semua modul iaitu Pelawat, Pentadbir, Pasukan Keselamatan dan Penghuni. Kami mematuhi piawaian antarabangsa privasi pengguna dan kami mengambil serius berkenaan isu privasi.
SISTEM PELBAGAI BAHASA UNTUK KEMUDAHAN
i-Neighbour menawarkan lebih daripada 10 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Melayu, Cina, dan juga Bahasa Nepal untuk menampung keperluan pegawai keselamatan dari negara itu. Kami memberi keutamaan dalam menyediakan pengalaman pengguna yang terbaik dan bahasa penting untuk memuaskan hati pelanggan kami.
KEUPAYAAN INTEGRASI IoT
Penyelesaian i-Neighbour dibina oleh pasukan yang berpengalaman luas dalam produk biometrik dan keselamatan, untuk menjadikan i-Neighbour produk komuniti pintar berkualiti. Oleh itu, i-Neighbour sedang berkembang dengan menggunapakai teknologi BLE dan skop keselamatan pintar IoT termasuk sistem Pengesahan Nombor Plat kenderaan, Kunci Pintar, Penggera Pintar, Kit Siren, Lif BLE, Pagar Automatik BLE dan sebagainya.
SUMBER LEBIH BAIK
Kami mempunyai pasukan RnD yang kuat terdiri daripada pengaturcara, jurutera E & E, penguji perisian dan jurutera produk. Dan i-Neighbour juga mempunyai pasukan pembangunan jenama yang dinamik terdiri daripada pereka web & grafik, pereka UX & UI, editor video, dan copywriter untuk memastikan penjenamaan produk dilakukan tepat dan secara profesional.
Muat Turun PDF